Friday, 15 April 2016

Pengenalan I’rab ( اعرب )


Dimana – mana anda belajar Arab, anda mesti akan terjumpa topik i’rab. Benda inilah yang menjadi kawan rapat anda di setiap bahagian besar Bahasa Arab Tinggi.

I’rab ialah perubahan baris akhir kalimah disebabkan punca pengubah yang terdapat di dalam ayat. I’rab lengkap mengandungi 3 perkara:

  •  Al-Mauqi’ ( الموقع ) adalah kedudukan sesuatu kalimah di dalam ayat seperti khabar, munada, hal dan sebagainya

  •  Al-Hukum ( الحكم ) adalah hukum kalimah tersebut di dalam ayat sama ada marfu’ ( مرفوع ), mansub ( منصوب ), atau majzum ( مجزوم ).

  •  Al-Alamat ( العلامة ) adalah tanda hukumnya seperti al – fathah ( الفتحه ), al – kasrah ( الكسرة ), al – dhammah ( الضمة ),  atau al – sukun ( السكون ).

Contoh: القِرَاةُ مُهِمّةٌ
Daripada pemerhatian tersebut, مُهِمّةٌ ialah perkataan yang digaris dan perlu di’irabkan. I’rab مُهِمّةٌ dari sudut Al-Mauqi’ ( الموقع ) adalah khabar ( خبر ).

Dari sudut Al-Hukum ( الحكم ) adalah marfu’ ( مرفوع ) kerana ةٌ daripada perkataan مُهِمّةٌ

Dari sudut Al-Alamat ( العلامة ) adalah dhammah ( الضمة ) kerana  ةٌ daripada perkataan مُهِمّةٌ.

Daripada hasil tersebut, dapatlah satu i’rab bagi القِرَاةُ مُهِمّةٌ daripada perkataan bergaris tersebut dengan menggabungkan Al-Mauqi’ ( الموقع ), Al-Hukum ( الحكم ) dan Al-Alamat ( العلامة ) menjadi satu seperti;
                                        “خبر مرفوع بالضمة
Jadi berkawan lah dengan i’rab selagi anda menduduki SPM, inshallah i’rab berkawan dengan anda balik dan bantu anda semasa SPM akan datang.

No comments:

Post a Comment