Friday, 15 April 2016

Al – Idhafah ( اءِلاضافة )


Assalamualaikum, sekolah merupakan tempat murid belajar dan tempat murid memajukan diri masing – masing. Setiap kelas mesti ada murid yang berkebolehan memimpin. Ia dipanggil sebagai ‘Ketua Kelas’. Persoalannya sini, apakah kaitan ketua kelas dengan tajuk الإضَافَة (Idhafah)?
Adakah ketua kelas satu contoh hukum yang ‘mematuhi piawaian’ الإضَافَة (Idhafah)?

Mudaf dan Mudaf Ilaih

Jawapannya, betul. Dalam tajuk bahagian al – qawa’id ini, anda akan membaca artikel tentang  ‘الإضَافَة‘ (Idhafah).  Apa benda tu الإضَافَة (Idhafah)? Hehe, jangan risau, senang je ni, Ok, maksud ‘الإضَافَة‘ ( Idhafah ) dalam bahasa melayu ialah ‘sandaran’. Idhafah berlaku apabila dua kalimah yang disusun menjadi satu maksud atau benda seperti;
رَئِيسُ  bermaksud ketua dan الفَصْل  bermaksud kelas. Gabungan antara nama antara  رَئِيسُ ketua ) dan الفَصْل kelas ) memberi satu maksud baru iaitu ketua kelas.
Dalam idhafah terdapat dua hukum wajib anda ketahui iaitu المُضَاف ( Mudaf ) dan المُضَاف اِلَيه ( Mudaf Ilaih ).  رَئِيسُ ( ketua ) adalah contoh bagi hukum المُضَاف ( Mudaf ). Manakala, الفَصْل kelas ) dikenalpasti sebagai hukum المُضَاف اِلَيه ( Mudaf Ilaih ).
Seperti kita ketahui, dalam era KBAT ini, saya pasti terdapat soalan mudah yang bermuslihat, dan soalan susah yang sukar difahami, oleh itu, anda perlu bersedia menghadapi soalan – soalan berikut. Huraian detail yang terperinci lihat peta minda berikut:
المُضَاف dikenalpasti apabila terdapat isim tiada alif lam, terdapat isim terletak diawalan ayatkewujudan zorf ( kata sendi ) dan isim bersama dhamir ( hua huma hum ). Anda sebaik – baiknya cuba hafal cabang المُضَاف  diatas tersebut kerana ia sangat membantu dalam menjawab soalan sewaktu peperiksaan.
Sama juga seperti المُضَاف اِلَيه, setelah memahami peta minda tersebut anda disarankan cuba menghafalnya untuk memudahkan menjawab soalan.

I’rab bagi Idhafah

Bahagian al – qawaid seperti Idhafah adalah salah satu hukum yang ada i’rab. Al – qawaid memang popular dengan benda i’rab ni. Sudah baca tentang pengenalan irab kan? Kalau belum baca memang otak signal tanda lost radar.
Ok, walaupun Idhafah terdiri daripada dua kata nama namun ia memberi satu maksud satu benda. I’rab Mudaf Ilaih ialah majrur.
: إعرب ألمضاف إليه
بَيْتُ الغَنِيِّ كَبِيرٌ
الغني : المضاف إليه مجرور بالكسرة
اسْتَرَحَ المُعَلّموُنَ فِي غُرْفَةِ المُعَلِّمِينَ
المعلمينالمضاف إليه مجرور باليأء لانه جمع مذكر

Apa yang penting ingat majrur, ingat idhafah. Adakah mudaf ilaih sahaja i’rab bagi Idhafah? Ya, hanya mudaf ilaih sahaja, mudaf tidak ada dalam i’rab idhafah.
Kesimpulannya sini, anda perlu mengetahui 3 benda dalam Idhafah, iaitu Mudaf, Mudaf Ilaih dan I’rab bagi Idhafah. Itu sahaja yang anda belajar dalam Idhafah. Senang kan. Semoga anda diberkati Allah. Jumpa lagi anda di topik seterusnya. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment