Friday, 15 April 2016

اداة الشرط ( Adat al – Syarat )


Assalamualaikum, topik lepas, anda telah mempelajari Idhafah. Untuk meneruskan belajar perlu banyak pengorbanan masa. Dengan hati yang ikhlas, pasti anda dapat meneruskan perjalanan ke
 menara gading. “Sesiapa yang belajar dengan tekun, pasti akan berjaya”.
اداة الشرط ( Adat al – Syarat )
Dalam entri ini, anda akan belajar tentang Adat Syarat (اداة الشرط ). Saya kaitkan contoh Adat Syarat ( اداة الشرط ) pada perkataan bergaris diatas. Contoh Adat Syarat ( اداة الشرط ) tersebut adalah kalimah bergaris ‘belajar’ dan ‘berjaya’. Apakah sebab kalimah bergaris belajar dan berjaya adalah Adat Syarat ( اداة الشرط )? Ini kerana kalimah tersebut merupakan dua kalimah yang menghubungkan antara dua ayatAyat pertama adalah فعل الشرط ( fe’el syarat ) sementara ayat yang kedua merupakan jawab syarat ( فعل الجواب/جواب الشرط ).
Contohnya seperti:
مَنْ يَدْرُسُ بِاِلْجَدِّ يَنْجِحُ فِي الإِمْتِحَانِ
“Sesiapa belajar dengan tekun, dia akan berjaya dalam peperiksaan”
Dalam ayat ini, kalimah يَدْرُسُ ( belajar ) adalah فعل الشرط ( fe’el syarat ). Manakala, kalimah يَنْجِحُ ( akan berjaya ) adalah جواب الشرط ( jawab syarat atau fe’el jawab ). Dengan memahami maksud kalimah, anda dapat menjawab soalan tersebut lebih mudah. Bagi saya, disana ada fe’el mudari’ , disitu Adat Syarat terletak. Hehe, lebih baik anda fahami maksud, manalah tau soalan anda bermuslihat.
Di antara ayat – ayat syarat yang mesti anda tahu ialah:
• متى ( bila )
• كيفما ( bagaimana )
• ما ( apa )
• أنى ( mana )
• من ( sesiapa )
• إن ( sekiranya )
• مهما ( manakala )
• أي ( apa – apa )
Contoh kalimah tersebut kebiasaanya terletak di awal ayat bersebelahan dengan فعل الشرط ( fe’el syarat ). Oleh itu, pastikan anda memerhati adat sebelum menjawab soalan. Saya sarankan anda menghafal kesemua 8 adat – adat syarat bagi mengurangkan kesilapan.

I’rab اداة الشرط ( Adat al – Syarat )

Adat syarat berperanan “Jazam” dua kata kerja mudhari sebagaimana contoh di bawah, kedua – kedua kata kerja mudhari baris sukun ( mati ) atau dibuang nun:
مَنْ يَدْرُسُ بِاِلجِدِّ يَنْجِحْ فِي الإمْتِحَأنِ
يدرس/ينجح: فعل مضارع مجزوم بالسكون
إِنَّ تَتَّقُوا الله تَسْعَدُوا أَبَدًا
تتقوا/تسعدوا : فعل مضارع مجزوم بحذف النون لأنه من الأفعل الخمسة
I’rab memang perkara yang menjadi kebiasaan bagi pelajaran Bahasa Arab. Adakah anda sudah membaca tentang pengenalan I’rab? Hah, ini perkara penting bagi anda yang bercita – cita markah tinggi dalam Bahasa Arab. Kesimpulannya, apa yang perlu anda tahu dalam topic Adat Syarat adalah
• Definisi Adat Syarat
• I’rab Adat Syarat
Itu sahaja yang anda belajar topik ini, Untuk meneruskan bacaan, pembelajaran, sila lihat post seterusnya. Topik tersebut adalah topik paling banyak hukum dalam bahagian qawa’id. Jangan risau, saya jelaskan tentangnya dalam Bahasa Melayu. Sedia nota anda dan tidur secukupnya sebelum teruskan. Hehe, itu sahaja dari saya, semoga ilmu diberkati oleh Allah. Assalamuaikum.

No comments:

Post a Comment