Friday, 15 April 2016

Khabar (انواع الخبر )

Khabar bermaksud cerita atau pelengkap ayat bagi isim ( kata nama ) sebelumnya.
Isim yang berada diawal ayat dipanggil mubtada’ ( مبتدأ ). Mubtada’ perlulah isim ma’firah ( اسم المعرفه ) iaitu isim yang mempunyai ‘ال’ atau kata nama khas.

WARNING: Khabar hanya terdapat dalam ayat Jumlah Ismiyah ( ayat bermula dengan kata nama ) sahaja.


Click to zoom
Click to zoom
Click to zoom
Click to zoom
PELIK TAPI BENAR : Khabar selalunya terletak selepas mubtada’ seperti saya ingatkan tadi. Namun demikian, terdapat khabar berada di ayat awalan. Perkara ini terjadi apabila [ khabar syibhul jumlah [huruf jar / zorf serta isim selepasnya ] berada di awal ayat. Dengan syarat isim selepasnya nakirah ( tiada alif lam ) seperti:

Click to zoom
  • Dari sudut Al-Hukum ( الحكم ) adalah marfu’ ( مرفوع ) kerana ةٌ daripada perkataan مُهِمّةٌ
  • Dari sudut Al-Alamat ( العلامة ) adalah dhammah ( الضمة ) kerana  ةٌ daripada perkataan مُهِمّةٌ.
  • Daripada hasil tersebut, dapatlah satu i’rab bagi القِرَاةُ مُهِمّةٌ daripada perkataan bergaris tersebut dengan menggabungkan Al-Mauqi’ ( الموقع ), Al-Hukum ( الحكم ) dan Al-Alamat ( العلامة ) menjadi satu seperti;

Mudah ( سهلة ) ialah khabar kerana ia melengkapkan ayat mengenai Bahasa Jepun.


Khabar selalunya terletak selepas mubtada’. Apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kebiasaannya khabar berada selepas perkataan ‘ialah / adalah / merupakan’

Contohnya:
المعلم متقن” yang bermaksud “Guru itu merupakan seorang yang tekun
ابي موظف” yang bermaksud ” Bapa saya ialah seorang pegawai
Perkataan yang bergaris adalah khabar.

Bagaimanapun, tidak semua anda boleh mengenalpasti soalan begini. Dalam era KBAT dinihari, semuanya ada cabaran. Otak perlu diperah. Air mata perlu diperah. Duit perlu diperah. Saya sendiri pun duduk Trial SPM time 2015 semua soalan Bahasa Arab memang KBAT. Terbaik punya trick. Pelajar yang terer Bahasa Arab pun kena trik walaupun pakar mengenalpasti khabar.

Oleh itu, untuk menghindari daripada kena trick soalan KBAT, anda mesti mengenalpasti ciri – ciri mubtada’dan khabar yang mempunyai jantina dan bilangan. Contohnya;

Oleh itu, anda perlulah peka dalam mengenalpasti kesemuanya dan jangan tertipu oleh soalan KBAT.

Khabar Muqaddam ( خبر مقدم )

Dalam isu ini, ‘على المكتب adalah khabar. Pelik kan! Ini terjadi apabila khabar syibhul jumlah [huruf jar / zorf terletak awal ayat serta isim selepasnya. Isim selepasnya pula tiada  ال. Hukum tersebut dikenali sebagaiخبر مقدم. Ingat kawan – kawan hukum خبر مقدم. Soalan ini selalu dikeluarkan khas untuk kertas KBAT juga.


Jenis – Jenis Khabar

Rajah dibawah tersebut adalah jenis – jenis khabar yang anda akan selalu jumpa di soalan peperiksaan. Ini bukan soalan KBAT. Khabar tersebut adalah terasas lagi basic common sense yang senang dikenalpasti bagi setiap pelajar. Saya yakin anda pun boleh.




Contoh I’rab bagi Khabar 

Contoh: القِرَاةُ مُهِمّةٌ
Daripada pemerhatian tersebut, مُهِمّةٌ ialah perkataan yang digaris dan perlu di’irabkan. I’rab مُهِمّةٌ dari sudut Al-Mauqi’ ( الموقع ) adalah khabar ( خبر ).

                                        “خبر مرفوع بالضمة

Anda sudah membaca pengenalan i’rabKlik sini jika belum. Berkawan lah dengan i’rab selagi anda menduduki SPM, inshallah i’rab berkawan dengan anda balik dan bantu anda semasa SPM akan datang.

Kesimpulannya, dalam topik khabar, 4 kemahiran sahaja perlu anda ingat KhabarKhabar MuqaddamJenis – jenis Khabar, dan I’rab. Haha, tapi ingat banyak soalan sekarang ada pasukan KBAT suka memotong markah anda senyap senyap. Sebarang soalan KBAT, tanya guru Bahasa Arab, minta explain bahasa melayu. Post seterusnya lebih senang, semua orang memang suka yang senang senang kan. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment